MIETA . ARFAH . SITI NOR MARSITA

Semasa di MAHA.

Ramai kawan yang baru mengenali saya setelah saya mereka nama facebook ‘Mieta Marsita’ berfikir itu nama betul saya. Sebab itu ada di antara mereka memanggil saya Mieta.

Ramai juga kawan baru yang mengenali saya melalui jenama produk saya ‘Arfah’ berfikir Arfah ialah nama betul saya. Sebenarnya Arfah di ambil dari nama ibu saya. Ambil berkat ibu dalam berniaga. Semoga terus maju ke hadapan. Amin.

Jadi sebetulnya nama penuh saya Siti Nor Marsita. Saya menjalankan bisnes sepenuh masa untuk produk kesihatan saya di bawah jenama Arfah. Saya memang meminati bisnes. Sudah menjalankan bisnes kecil-kecilan untuk tambah duit poket sekolah di waktu kecil dulu tapi mula memasang cita-cita untuk menjadi usahawan apabila saya belajar di universiti, walaupun saya mengambil kos kejuruteraan. 



Apabila saya sudah faham yang tujuan bisnes ialah sepatutnya untuk menolong menambah nilai orang di sekeliling, saya memang memasang hajat untuk menjalankan bisnes produk kesihatan, kerana saya mahu apa yang saya jual, memberi manfaat kepada pembelinya. Alhamdulllah Allah makbulkan.

Ya, bisnes produk lain pun boleh memberi manfaat : produk yang mengeyangkan, produk yang menambah kecantikan, produk yang mengajak masyarakat menutup aurat, tapi saya lebih menggemari produk yang memberi masyarakat sihat. Bagi saya sihat lebih penting dari segalanya. Kalau luaran sahaja nampak cantik, tapi sebenarnya dalaman tak sihat, tak guna.


Tapi saya tak bermaksud bisnes lain tidak bagus. Setiap produk yang bagus ada manfaatnya tersendiri. Saya suka mengajak anda untuk sihat. Anda mungkin menggemari perkara lain. Lakukan apa yang anda minat itu penting.

Di bawah produk Arfah sudah ada 6 produk iaitu Kopi Kelulut, Ibu Susu Kambing, Ibu Susu Kambing Kolagen, Ibu Madu Kelulut, Ibu Madu Habbatus sauda dan Ibu Teh MasCat. Konsep produk Arfah ialah makanan/minuman sunnah dan makanan/minuman herba. 


Alhamdulillah kini Arfah sudah mempunyai peminat setianya sendiri serta pengedar di sekitar Semenanjung Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh dapatkan info di Sihat Sokmo Dengan ARFAH atau hubungi talian 012 351 9940.

0 comments:

Post a Comment