Muka Awak dan Muka Emak Awak Sama.

Testimoni Puan Arpah Sulaiman untuk Kopi Kelulut Arfah.


Semasa mempromosikan produk Arfah di kiosk El Diya Arabica Fruits, Plaza Angsana, JB tempoh hari, ada seorang customer datang nak beli makanan sunnah. Akak yang jaga kiosk tu pun promote la Ibu Susu Kambing Arfah pada beliau. Saya pun promote sambil beri flyers Arfah pada customer tu. 



Akak customer tu pun bukak flyers dam baca bahagian Kopi Kelulut Arfah. Kemudian terus beliau bagitau saya (bukan tanya)


'Ni mak awak ni,'

Saya : 'Aaa?' Terkejut.

'Ni mak awak ni,' akak customer tu mengulangi ayat beliau.

Saya :'Haah mak saya tu. Macam mana akak tau?.'

Dalam hati takut jugak akak customer tu kata, 'Awak tipu ni konon letak testimoni rupenye dari mak sendiri.'

Rupanya akak tu kata, ' Muka sama macam awak. Betul eh mak awak. Saya agak je.'

(Akak tu agak tapi mula2 tegur confident gile..huhu)

Saya, 'Haah memang itu mak saya. Sama eh muka. Hehhe. Arfah ni pun ambik nama mak saya.'

Akak customer, ' Oh produk sendiri ke..bagusnya..'

Wah! First time jumpa da tau kami anak beranak! Sukanya! grin emoticon

Saya suka bila orang kata muka saya macam muka mak saya yang sebenarnya saya tak perasan sangat sama kat mana.
Kawan2 saya kat asrama yang first time jumpa mak saya pun ada bagitau muka & gaya saya sebijik mak saya.
Tapi abang saya Noor Selamat pernah kata dulu yang kakak saya Siti Hajar yang sama gaya macam mak saya.


Bila orang yang da kenal saya bagitau muka saya macam mak saya, saya tak terkejut sangat la sebab mereka da kenal saya.


Ini akak customer tu first time jumpa saya, dan tak pernah jumpa mak saya, boleh terus detect muka kami ada iras. Amazing!
Seronoknya!!! Haha...
grin emoticon



Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 012 351 9940 (Marsita)

#AnakEmak



0 comments:

Post a Comment