Lelaki Suara Satu Dewan Dengar.



Lelaki ini saya lupa tanya nama die apa...tapi booth dia sebelah booth saya alik lagi satu. Dia pekerja di Kuih Bakar Semenyih. Orang Sabah. Suaranya sangat kuat. Satu dewan boleh dengar rasanya. Suaranya memang macam orang promote barang di pasar malam tu la. (Tapi keadaan riuh rendah kami exhibitor promote barang di dewan tu memang seperti pasar malam da...huhu)

Lelaki ini selalu melaung 'KUIH BAKAR TERLARIS.'

Yang bestnya, kalau time tu beliau dengar kami promote barang kami, cthnya saya tengah promote Ibu Susu Unta, beliau pun melaung sama dengan ayat yang mengarut2...huhu

'SUSU UNTA..SUSU UNTA...MARI RASA MARI RASA...SANGAT SEDAP SANGAT SEDAP. YANG TAK ADA GIGI PUN BOLEH RASA...

Haha...pernah satu malam saya tinggal nak abeskan sample Ibu Susu Unta. Bila saya promote, beliau dengar, beliau pun tolong saya promote. Melaung tentang Ibu Susu Unta. Tapi bila sample Ibu Susu Unta da abes, saya tukar la sample kpd Ibu Susu Kambing Arfah pulak. Tapi beliau tak tahu, die g buat kerja lain mase tu. So saya tukar utk promote Ibu Susu Kambing pun beliau tak dengar. Tup2 bila nampak saya beliau dok melaung balik tentang Ibu Susu Unta. Saya pun cepat2 beritahu dia,

'Oit..susu unta da abes la...ni susu kambing pulak..huhu'

'Oh ye ke...sorry2..hehe'..

Haha...lawak betul mamat ni..grin emoticon

Kalau masa tu dia dengar jiran sebelah booth kami promote minyak & air kelapa dara..beliau pun melaung sama...

AIR KELAPA DARA..MINYAK KELAPA DARA...SANGAT BAGUS SANGAT SEDAP...YANG DA TAK DARA PUN BOLEH CUBA...

paling lawak..ada satu ketika urusetia menyiarkan lagu Ella & Awie, Salju Biru tu...lepas tu lelaki ini pun melaung...

BANYAK SUNGGUH ELLA DI SINI...ELLA DI SANA....ELLA DI SINI...SEMUA MAHU JADI ELLA...

Haha...rupanya ramai yang ikut serta menyanyi sama lagu Salju Biru tu..
grin emoticon

0 comments:

Post a Comment