SAMPLING PERCUMA DI PASARAYA DARUL MAKMUR (PDM) JENGKA 30 OGOS 2015






Pada 30 dan 31 Ogos 2015, team Arfah  telah mengadakan sampling percuma di Pasaraya Darul Makmur (PDM) di cawangan Bandar Jengka dan Temerloh. 


Kami mulakan di PDM Bandar Jengka pada 30 Ogos dan di ikuti dengan 31 Ogos di PDM Temerloh. Sampling di jalankan oleh saya bersama stokis Pekan Arfah iaitu tuan Hazmin Nizam, pengedar Arfah yang bertanggungjawab menembuskan produk Arfah di PDM. 


PDM ialah pasaraya baru di bawah MUIP - Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang. Buat masa ini PDM sudah mempunyai 4 cawangan iaitu di Bukit Setongkol Kuantan, Temerloh, Bandar Jengka dan yang terbaru di Pekan. 


Tujuan sampling percuma ini di jalankan adalah untuk memperkenalkan lagi produk Arfah kepada masyarakat sekitar PDM. Jadi mereka dapat mengetahui rasa sebenar produk Arfah dan untuk memudahkan lagi mereka membuat pilihan untuk membeli. Antara produk Arfah yang terdapat di PDM ialah :


✔ Kopi Kelulut Arfah
✔ Ibu Susu Kambing Arfah
✔ Ibu Susu Kambing Kolagen Arfah
✔ Ibu Teh MAsCat Arfah (Teh Misai kucing + MAs coyek)
✔ Ibu Susu Coklat Arfah  - BARU


Alhamdulillah sambutan yang di terima sangat menggalakkan. Kami juga ada menjalankan promosi iaitu dengan setiap pembelian produk Arfah pada hari sampling akan mendapat 2 lagi sachet percuma. Ramai yang tak lepaskan promosi yang di jalankan. Yeayy!!! terima kasih ya...:)


Semasa sampling di PDM Bandar Jengka, Nestle juga menjalankan sampling percuma untuk produk baru mereka Aiskrim Goreng perisa durian.





Nestle bawak turun 4 pekerjanya. 2 orang tukang goreng, 2 orang lagi promoter, Bila berborak-borak dengan 2 orang promoter Nestle tu, student lagi rupanya. Buat kerja ni sebagai part time je. Mereka berdua student UiTM Jengka. huhu. Seorang tu ambil jurusan teknologi makanan. Memang padan sangat la buat benda2 gini. Selalu katanya dia kerja part time gini. Bagus. Cari duit sambil belajar. Thumbs up.



Gaji yang mereka dapat? Nestle bayar rm100 sehari untuk kerja 10 am - 10 pm. Sampling harus di lakukan selama 3 hari. Kalau sale tinggi ada insentif lain. Setiap akhir bulan Nestle akan ke setiap PDM untuk mempromosikan produk bauru mereka ini selama 3 hari. PDM Kuantan & Temerloh sudah katanya. 






Pada hari yang sama F&N pun ada buat sampling percuma untuk produk baru mereka air bikarbonat EST. Untuk promosi EST ni sampling di buat setiap minggu dan minggu itu ialah minggu terakhir. Promoternya? hahaha..bila da borak baru tau promoternya orang kampung sendiri, tapi da generasi ke 3 la, cucu & rupanya kawan kepada anak saudara saya. :D



Masih di bangku sekolah tapi adik ni suka cari duit tambahan untuk buat lesen katanya. Bagus. Tak adalah cuti-cuti melepak tak tentu hala. F&N bayar gaji rm80 utk kerja dari 12 pm sampai 10 pm. Dan ada komisyen lebih kalau jualan tinggi.
Bagus mereka semua ni. Semoga terus maju dalam  pelajaran & semakin gigih mencari duit tambahan untuk meringankan tanggungan ibu bapa di rumah. Syabbas betha!!!


0 comments:

Post a Comment