Kisah di Pantai Balok, Kuantan.



Minggu lepas saya buka booth jualan di Pantai Balok, Kuantan selama 2 hari. Weekend sahaja.
Saya rasa kalau lama lagi saya berada di sana, mau tukar slang cakap saya. Mesti boleh cakap style orang kuantan da la. Dok 'oak..oak' je..hahaha...sebab orang keliling dok cakap macam tu je. Kalau kite nak cakap 'KL la sangat' macam canggung lak. Huhu.

Saya berdarah mix. Hahaha..mix la sangeettt. Mak ayah jawa Johor. Tapi berhijrah ke Pahang dan mengambil tanah Felda & saya lahir di Jengka. So saya tak pandai cakap Jawa. Sadly to inform. T_T

Orang Jengka pun banyak mix. Bukan orang Pahang semuanya. Orang Kelantan, Kedah pun ada. So dari kecik ade beberapa perkataan Pahang sahaja yang saya dok terikut.

Saya suka dengar longat negeri. Lagi-lagi yang tak biasa dengar. Kalau dengar mesti rasa nak senyum je. Huhu.

Dulu pernah belajar di Kelantan. Tapi nak kecek qlate dulu ngan kawan2 selalu segan & tak berani. Then belajar kat Melaka yang dekat dengan Tampin. So seronok dengar orang noghori cakap. 

Berminat nak dapatkan produk Arfah? Hubungi 012 351 9940 (Marsita)

0 comments:

Post a Comment