Upgradekan Gamba Anda


Ramai org bisnes online sekarang. Tunjuk produk melalui gamba sahaja. Ye la nak tunjuk bagaimana lagi kan? Huhu.

Cuma setiap gamba boleh meng upgradekan dan meng downgradekan produk anda.

Saya bukanlah seorang yang pakar sangat dalam bab mengambil gamba. Saya tangkap gamba pun main tangkap je. Tapi sebab saya pun bisnes online, saya cuba untuk present produk saya dengan cara terbaik yang saya tahu.

Ramai peniaga bisnes online, tangkap gamba produk dekat lantai. Bila tangkap gamba, nampak mozek. Lantai tu tempat kaki kita berjalan. Saya tak berkata lantai rumah anda kotor. Saya nampak mozeknya putih sahaja. Cuma bila tangkap gamba produk di lantai yang nampak mozek/tikar getah,bagi saya itu sesuatu yang tak cantik. Jika anda nak beli barang di kedai, beli makanan, beli bekas makanan, beli pakaian, tapi tuan kedai letak semua produknya di lantai tanpa beralas, anda rasa anda nak beli tak?

Mungkin anda tetap mendapat customer dari gamba produk anda yang nampak mozek lantai, tapi cuba upgradekan gamba-gamba anda, insyaa Allah saya doakan anda mendapat lebih ramai customer. :)

Cuba tangkap gambar produk anda di atas meja, saya rasa ianya lebih proper.

Yup, saya pun ada tangkap gamba di lantai,tapi saya akan hamparkan kain/kertas besar yang warna plain utk dapatkan background yang formal. Kalau letak kain yang bercorak, mungkin kadang2 lagi menambahkan seri sesuatu gamba, tapi kalau tak kena gaya, nampak serabut dan nampak tak formal.

Orang bergamba di studio utk gamba formal kan gamba belakangnya warna plain sahaja. Lain la kalau memang nak tunjukkan suasana, contoh suasana lepas konvo atau berjalan ke negeri mana-mana.

Tapi berbeza apabila kita nak tunjuk stok baru sampai dalam kuantiti pukal. Dalam keadaan begitu, kat mana lagi nak letak kalau tak kat lantai kan?

Bisnes online perlukan gambar yang pandai menarik pelanggannya kerana pelanggan tak dapat rasa produk kita. Saya berdoa bisnes kita semua sentiasa maju ke hadapan. Amin. :)

Untuk tempahan produk Arfah boleh hubungi 012 351 9940. :)

0 comments:

Post a Comment