TIPS DIDIK ANAK #4 : NAK DOAKAN UNTUK ANAK SENDIRI



Sewaktu saya membuat promosi produk Arfah di booth makanan sunnah El Diya di Plaza Angsana tempoh hari, ada seorang makcikmembeli kismis timbang. Beliau bertanyakan jurujual mana yang lebih sedap dan bagus. Yang bagusnya, kedai ini tak kesah memberi tester kepada pembeli untuk merasa dulu yang mana satu mereka suka. Bagi tester bukan sebiji je, adalah la 2,3 biji. Alhamdulillah sebab itu kedainya sentiasa lebat di kunjungi pelanggan di samping mereka sentiasa menjaga kualiti barang jualan mereka.

Makcik yang hendak membeli kismis tadi, memberitahu saya yang beliau nak beli kismis timbang tersebut untuk anaknya yang sedang belajar. Lalu saya bertanya,

‘Kenapa acik tak nak beli kismis yang da sudah di bacakan doa tu. Kan lebih bagus sudah disertakan doa sekali dalam tu,’


Sebab time saya belajar dulu, memang saya cari kismis yang da di bacakan doa terus supaya lebih mudah saya menerima pelajaran yang di pelajari. Tapi sebelum makan saya tetap berselawat dan doa sendiri apa-apa yang saya nak doa.

Lalu makcik tersebut menjawab,’ acik nak bacakan doa sendiri dekat kismis ni untuk anak acik. ye la biar mak nya baca sendiri untuk anaknya. Lebih bagus kan,’

Saya pun terfikir, emm…bagus kan. Ye la seorang ibu lebih tahu perangai anaknya bagaimana. Mestilah ada doa khusus seorang ibu untuk membentuk anaknya supaya lebih cemerlang dan soleh solehah. Doa seorang ibu kan lebih makbul. Semoga anak makcik yang saya berjumpa itu sentiasa menjadi anak yang baik untuk ibu bapanya, cemerlang dunia akhirat serta soleh solehah. Amin.

#KasihSayangIbu #SusuKambing #SusuKambingArfah #KopiKelulutArfah

0 comments:

Post a Comment