TIP RAWAT DARAH TINGGI Hanya 5 minit sehari.


Dr. Mir Hazil Azran Ramli

TEKANAN DARAH TINGGI 

Tekanan darah tinggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Banyak faktor menyumbang untuk mendapat penyakit atau isu ini antaranya adalah faktor pemakanan, carahidup, stres, genetik dan sebagainya.

Diagnosis dibuat apabila nilai tekanan darah sistolik bersamaan 140mmHg atau lebih tinggi, dan/atau nilai tekanan diastolik bersamaan 90mmHg atau lebih tinggi. Bacaan yang normal bagi tekanan darah adalah sekitar 120mmHg untuk darah sistolik, dan 80mmHg bagi diastolik. 

Apabila ada isu tekanan darah tinggi, saluran darah sebenarnya sedang menjadi sempit dan ini menyebabkan tekanan arus aliran darah menjadi tinggi. Jika saluran darah semakin sempit, aliran akan kian tersumbat dan ia membahayakan organ tubuh yang akan amat mengharapkan bekalan oksigen, mineral dan berbagai zat yang diperlukan melalui sistem transportasi yang dilakukan oleh saluran darah. 

CEGAH SEBELUM PARAH!

Tip 5 MINIT sehari untuk kekal SIHAT, SEGAR & BEBAS TDT (tekanan darah tinggi).

Kaedah TERAPI BIOFIELD atau BIOENERGI ini sudah ribuan tahun di praktiskan. Ia PETUA tradisi yang diwarisi dari satu generasi ke generasi terutamanya di negara China. 

Tip Terapi Diri (Self Healing) untuk stabilkan TDT:

[lihat gambarajah]

1. Gunakan hujung 3 jari tangan (jari telunjuk, tengah dan manis), gosok lembut dari POIN 1 (pada leher, di bawah cuping telinga) TURUN ke POIN 2 (pangkal leher dekat tulang kolar / dada atas). Gosok LEMBUT & PERLAHAN 10 kali (atau lebih) dari ATAS ke BAWAH. 

2. Tukar ARAH, gosok NAIK dari POIN 2 ke atas ke POIN 1 - lskukan 10 kali atau lebih.

3. Gunakan jari tengah, TEKAN KUAT (hingga terasa sakit sedikit) POIN 3 sambil PUSARKAN arah lawan jam (seperti gambarajah) 10 kali PUSARAN. 

4. Lakukan sambil bernafas tenang. Boleh dilakukan bila-bila masa terutama waktu pagi. Buatlah pada kedua belah bahagian tepi muka dan leher. 

Sekian.. 

Cubalah, tak cuba tak tahu hasilnya. Mungkin tak perlu bergantung pada ubat TDT sahaja.

Wallahualam.

DMHAR

0 comments:

Post a Comment