Arfah Di MIHAS, KLCC



 





Pada 1-4 April 2015, MIHAS - Malaysia International Halal Showcase telah di adakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). 

Arfah adalah salah satu daripada produk-produk yang membuka booth di sana. Tetapi Arfah dapat sertai MIHAS atas ajakan dari seorang kawan saya yang merupakan stokis Kuantan untuk satu produk sejuk beku di Rompin, Habeebs. 


                  

Bersama owner produk Habeebs, Puan Syarifah









Jadi di Mihas, Arfah berkongsi booth dengan Habeebs. Antara produk Habeebs ialah :


1. Bergedil

2. Pes Serbaguna: perisa Asli, Pedas dan Petai
3. Sos Rojak Buah
4. Lamb Chop perisa Istimewa dan Lada Hitam. 










Satu peluang yang sangat berharga kerana MIHAS merupakan event antarabangsa. Jadi banyak produk-produk halal dari negara Indonesia, Thailand, China, Japan, Arab Saudi, dan banyak lagi negara lain berada di sana. Boleh tengok budaya makanan halal mereka bagaimana dan cari-cari peluang untuk kembangkan bisnes ke negara luar. 


Banyak peluang-peluang baru yang saya jumpa di sana. Di MIHAS, peluang bisnes yang di sediakan lebih kepada B to B - Business to Business. B to B ialah peluang bisnes untuk dapat bisnes juga contohnya seperti peluang untuk mendapat pembekal produk, pengedar untuk produk, peluang untuk mengekport produk kita ke luar negara dan sebagaimana. Jika Business to Customer, (B to C) lebih kepada penjualan produk kita terus kepada pembeli. 


Sambal Strawberry dari Cameron Highland

Strawberry dari Cameron Highland.

Ada Sambal strawberry made in Cameron Highland. Sambal + strawberry? Apa rasanya ya...boleh agak?

Haha...rasa sambal swet sweet gitu. Untuk yang tak boleh makan pedas, sambal strawberry ni sesuai la untuk mereka. Tapi kalau yang suka makan pedas, mesti tak berapa suka akan rasanya, Bak kata orang, tak ada Ummpp!!!

Di hari terakhir MIHAS, mereka lelong strawberry dengan 5 bekas besar seperti di gambar atas dengan harga RM10. Da la boleh tambah pencicah coklat. Memang best la. Strawberry nya pulak tak masam. + besar untuk standard Malaysia. Memang sedap!!

Saya bukan penggemar strawberry sebab biasanya rasa strawberry ni masam walaupun di California sana, Jarang dapat strawberry yang tak masam. Kalau tak masam memang sangat sedap,  Sekali beli satu bekas banyak terus. Mana ada jual sebiji sebiji. Jadi kalau satu bekas tu masam, memang bercinta la nak habiskan. Jadi untuk kurangkan rasa masam tu, makan dengan Hershey. Wahhhh!!! Terliur pulak bila bayangkan. Slurrpp!!!

Tapi strawberry di negara Europe BESARRR SANGAT + tak masam. Terbaek! 



                     
Sos Teriyaki dari Jepun
     

Makanan yang di beri percuma
Oleh kerana saya meminati negara Jepun, jadi memang singgah kat booth Japan je la kerjanya, Da la ada makanan Jepun percuma seperti dalam gamba di atas. Saya tak ingat la namanya apa. Mereka buat kami pengunjung makan. Mereka buat kami pengunjung makan, memang terbaek la. huhu



Taiko
Dulu saya pernah belajar main gendang taiko ni. Seronok! One of the greatest memories in my life. Rindu Taozan Taiko.

Anak bongsu Sultan Pahang, Tengku Sariah ada berkunjung ke MIHAS. Katanya beliau memang setiap tahun berkunjung ke MIHAS untuk memberi sokongan kepada usahawan Pahang. Jadi dapatlah saya bergambar dengan beliau. Ramah orangnya. 

Haha, walaupun saya anak Pahang, inilah pertama kali saya mengetahui tentangnya. Bila akak UPEN beritahu anak bongsu Sultan Pahang nak datang, excited saya. Terus google tentang anak-anak Sulatn Pahang. Kalau tak tahu Tengku Mahkota & Tengku Muda je, Beliau ada singgah ke booth untuk rasa lamb chop Habeebs. Sebab beliau anak Sultan, saya nak mintak tangkap gambar pun takut-takut. Tapi beliau ramah, Siap nak bergambar belakang banner Habeebs lagi. 

                


Juga dapat berjumpa dengan Adi Putra yang datang bersama rombongan Tengku Sariah dan Hairie Othman yang datang berseorang ke Mihas :D


                   



Dan sempat melihat pertunjukan air yang berwarna-warni di Taman KLCC. Cantik KLCC di waktu malam. Pertunjukan air tu pun cantik.

KLCC di waktu malam. Cantik.





0 comments:

Post a Comment