Pada 11 April 2015 alhamdulillah saya berkesempatan memberi penghormatan terakhir kepada sahabat sekolah yang telah di jemput Ilahi.
Mendengar ibu arwah bercerita, semasa hayat arwah, ibu nya ada berkata sudah penat bekerja memandangkan umur yang sudah makin meningkat. Ibunya ada rasa sudah mahu berhenti kerja. Lantas arwah berkata,
'Takpe la mak, mak penat bekerja. Dari along ni, da tak dapat nikmat penat bekerja sebab da tak dapat bekerja sebab sakit. Mak kerja je la..'
Arwah masih muda, umur 28 tahun, suami & baru menjadi ayah. Mesti beliau merasa sangat sedih kerana beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab2 beliau.
Jadi untuk kita, bersyukurlah utk nikmat kesihatan yang masih Allah kurniakan pada kita. Jagalah kesihatan sebaik mungkin. Bersyukurlah kita masih di kurniakan nikmat kudrat utk bergerak, mencari rezeki, & buat apa yang kita mahu. Bersyukurlah dengan nikmat penat yang kita rasa kerana kalau kita sudah tak boleh bergerak, jika kita sudah tak boleh bekerja, kita tak akan merasa 'penat' tersebut.
Kalau da sakit & terlantar, 'penat' dari.arah lain pula..penat dari kesakitan yang di alami, penat asyik berbaring.
Jadi mari banyakkan menyebut..
'ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG KAU KURNIAKAN PADAKU..'
0 comments:
Post a Comment